Kuiz Spektrum Politik

Di manakah Letaknya Pendirian Anda?

Dalam dunia moden yang berpolitik tinggi ini, istilah 'kiri', 'tengah' dan 'kanan' dilontarkan di mana-mana sahaja tanpa penjelasan yang banyak terhadap maksud yang sebenarnya. Pernahkan anda terfikir, dimanakah letaknya pendirian anda dalam spektrum politik ini?

Baca soalan dengan teliti dan jujur dengan jawapan anda!

Keperibadian dan DiriPersonalitiPolitik
Keputusan Kuiz Spektrum Politik Anda:
sedang dinilai...

Lagi

Keputusan anda menunjukkan yang anda mempunyai pandangan yang positif terhadap ideologi yang secara semula jadinya menjadi sempadan antara fasis dan nasionalis. Dari segi politik, anda percaya bahawa patriotisme yang tinggi dan nilai kekeluargaan yang kuat adalah cara utama untuk mengekalkan identiti nasional.

Dalam minda anda, peranan jantina tradisional adalah enjin kepada masyarakat yang sihat dan berfungsi. Dari segi ekonomi pula, anda percaya bahawa organisasi masyarakat yang koheren oleh kumpulan korporat dan saling melindungi adalah pra-syarat untuk keselamatan ekonomi dalam dunia global hari ini.

Walaupun anda tidak semestinya menyokong pendekatan radikal yang berkaitan dengan bangsa, penghijrahan, nasionalisme atau peranan jantina, anda masih lagi lebih ke haluan kanan daripada orang biasa. Ini ditunjukkan dalam kecenderungan anda terhadap peranan jantina untuk kekal tidak berubah dan dalam ketidaksukaan anda yang sederhana terhadap dasar penghijrahan yang kurang ketat.

Anda percaya bahawa kerajaan seharusnya mengawal ketat sempadannya dan rakyat harus menjadi keutamaan nombor #1 bagi kerajaan. Anda memiliki pendirian yang teguh berkaitan jenayah dan tidak sukakan hukuman yang ringan dikenakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

Anda tidak tetap pada mana-mana parti atau ideologi. Bagi anda, jawapan kepada soalan yang paling penting berkaitan dengan pengurusan awam boleh ditemui dalam pragmatisme dan dasar yang sederhana. Kerana ini, anda tidak berhaluan kiri mahupun kanan dalam urusan politik atau ekonomi.

Anda lebih suka menentukan dasar berdasarkan sebab-sebab yang khusus yang ada di tangan. Contohnya, penghijarahan tidaklah buruk atau baik. Namun, nilai penghijrahan ditentukan sama ada ya atau tidak, misalnya, negara anda memerlukan pekerja kurang mahir untuk mengatasi masalah populasi yang semakin menua dengan pantas. Dengan pendekatan yang pragmatik, kedudukan anda lebih fleksibel dan tidak didorong oleh mantera ideologi.

Jawapan anda selari dengan pihak berhaluan kiri. Anda melihat kapitalisme sebagai satu sistem yang meletakkan segmen paling lemah dalam populasi dan berada dalam kedudukan yang merugikan, dengan itu gagal untuk menyeimbangkan pengagihan kekayaan yang adil dan saksama dalam masyarakat. Negara yang sangat menjaga kebajikan rakyat dan cukai korporat yang tinggi ada dalam fikiran anda sebagai penyelesaian untuk menyeimbangkan kesamarataan terhadap rakyat dalam masyarakat.

Anda bersemangat tentang hak asasi manusia tanpa mengira tempat asal, kerana itu anda menyokong idea pencari suaka diterima ke dalam negara anda. Anda tidak perlu percaya kepada pendekatan koservatif terhadap peranan jantina. Tetapi, anda berpendapat bahawa seseorang individu itu harus dibenarkan bertindak dan bersikap dengan cara yang mereka suka.

Anda mempunyai pendirian yang radikal mengenai peranan kerajaan dalam masyarakat. Dalam fikiran anda, harta persedirian seharusnya dihadkan atau dihapuskan sama sekali. Anda menganggap sistem pasaran kapitalis adalah jahat. Sebaliknya, kerajaan sepatutnya mengendalikan pengagihan komoditi dan ekonomi seharusnya dirancang oleh birokrasi yang diuruskan secara berpusat.

Kualiti sosial dan ekonomi adalah kepentingan yang paling utama bagi anda dan kerana itu, anda percaya bahawa pihak berkuasa pusat boleh memenuhi objektif negara dan sosial dengan lebih baik di semua peringkat aktiviti ekonomi.

Sangat ke Kanan
Kanan
Pertengahan
Kiri
Sangat ke Kiri