Ujian Mengingat Nombor

PemulaSederhanaProfesional

Ujian Mengingat Nombor hanyalah permainan mengingat yang ringkas. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengingat nombor-nombor yang anda nampak dalam setiap pusingan dan mengulang jujukannya daripada satu ke nombor paling besar selepas ianya hilang. Terdapat 3 mod permainan: Baru, Sederhana dan Profesional. Ada 9 pusingan bagi level Baru, 18 pusingan untuk level Sederhana, dan 30 pusingan untuk level Profesional. Dalam setiap mod permainan, anda akan berdepan dengan cabaran yang semakin meningkat: lebih jauh anda mendalami permainan tersebut, semakin susah cabarannya - Anda akan ada lebih banyak nombor yang perlu diingati dan kurang masa untuk melihatnya.

Setakat 18 Februari 2022, skor purata ujian ini ialah 10.9. Seperti yang disahkan oleh pakar otak kami, lebih banyak berlatih akan menghasilkan keputusan yang lebih tepat. Selain itu, bermain permainan ini juga mengingkatkan kebolehan ingatan anda.

Apakah Ujian Mengingat Nombor?

Ujian Mengingat Nombor, disusun oleh John A. Kevin daripada arealme.com, adalah cabaran terhadap ingatan di mana pemain perlu menghafal dan mengingat semula jujukan nombor. Terdapat tiga level: Pemula (5 pusingan), Sederhana (18 pusingan), dan Profesional (30 pusingan). Seiring pemain maju dalam permainan, mereka akan menemui lebih banyak nombor dan masa melihatnya yang semakin pendek. Untuk markah yang lebih tinggi, ambil tahap kesukaran pada level Profesional.

Siapakah yang Mencipta Ujian Mengingat Nombor?

Ujian ini direka oleh John A. Kevin, pengasas arealme.com. Beliau adalah pembangun web berpengalaman yang memegang PhD dalam Psikologi Kognitif.

Untuk mendapatkan skor yang tinggi dalam Ujian Mengingat Nombor:

  1. Pilih Level Profesional: Level ini mempunyai pusingan yang paling banyak, memberikan peluang yang lebih banyak untuk mendapatkan mata.
  2. Fahami Sistem Penskoran: Setiap pusingan yang berjaya diselesaikan akan memberikan anda satu mata. Untuk mendapatkan skor yang maksimum bagi setiap level adalah 5 (Pemula), 18 (Sederhana), dan 30 (Profesional).
  3. Berlatih dan Fokus: Berlatih secara berterusan akan menajamkan kemahiran mengingat anda, menjadikannya lebih mudah untuk mengingat jujukan nombor apabila ia semakin panjang.
  4. Letakkan Penanda Aras untuk Diri Sendiri: Setakat 8 Ogos 2023, purata markah peserta pada level Profesional adalah 13.9. Sasarkan untuk melepasi paras purata itu untuk menempatkan diri anda dalam kedudukan pemain teratas.

Kekal bersabar, dan dengan latihan yang konsisten, anda akan dapat melihat peningkatan dalam skor anda!

Fakta menarik tentang ujian mengingat nombor:

Dalam tugasan mengingat jangka pendek, terutamany dengan nombor dan corak pada ruang, sesetengah chimpanzi lebih cemerlang daripada manusia. Eksperimen menunjukkan bahawa chimpanzi muda boleh mengingat semula susunan dan kedudukan nombor yang dipaparkan dalam tempoh singkat pad skrin, mengalahkan manusia dewasa. Walaupun manusia cemerlang dalam banyak bidang kognitif, chimpanzi mendahului dalam tugasan mengingat yang spesifik, namun sebabnya masih lagi sedang dikaji. Ini adalah dua video yang mengagumkan yang anda tidak mahu terlepas menontonnya:

Video daripada BBC Earth:

Video daripada New Scientist:

Ujian keupayaanUjian KebolehanOtakMainan otakCabaranMetrik manusiaUjian IngatanUjian NomborLatihan KendiriPersepsi Masa
Skor Ujian Mengingat Nombor Anda:
sedang dinilai...

Lagi